Laman Utama
PENGENALAN
Flora dan fauna sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian yang mampu mengindahkan dan menjadi pelengkap kepada alam semesta.
Sejajar dengan itu, AROMATIKA ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat yang bergiat cergas dalam melakukan kerja - kerja yang berkaitan dengan alam semulajadi. Penanaman semula Getah dan Kelapa sawit adalah salah satu aktiviti kerja yang dilakukan bagi meningkatkan hasil keluaran negara serta terus mengekalkan tanaman ini agar tidak pupus dari arus permodenan masa kini.
Kerja - kerja pemeliharaan dan pemuliharaan serta pemulihan hutan simpan juga turut di laksanakan seiring dengan seruan kerajaan bagi mengekalkan dan mengindahkan alam semulajadi. Berbagai spesis balak yang bermutu tinggi dipelihara serta ditanam sebagai aset negara.
Selain itu, pokok ubat ubatan yang sering digunakan oleh pengamal perubatan tradisional tidak ketinggalan untuk ditanam di dalam hutan simpan ini. Selaras dengan itu, tanaman pokok buah - buahan hutan juga atau lebih di kenali dengan tanaman " ARBORETUM " turut di tanam serta di pelihara. Rentehan itu penanaman pokok buah - buahan hutan terus dibiakkan agar ianya dapat diperkenalkan kepada generasi akan datang.
Berbekalkan kecerdikan ilmu pengetahuan serta pengalaman, kerja - kerja perlandskapan dan pengindahan kawasan kediaman dan taman rekreasi serta dipinggir jalan laluan utama turut di ceburi. Senada dengan itu kawasan seperti ini mampu menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia yang kaya dengan keindahan alam dan keharmonian suasana permai, yang mana negara akan lebih terkenal dengan kehijauan alam semulajadinya.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan kepada setiap lapisan masyarakat yang besandarkan konsep " segar dan Indah" sejajar dengan keperluan insan. Tatkala itu, anggota masyarakat dapat menikmati keindahan alam dan berupaya menghirup kualiti udara dalam kesejahteraan hidup.1. Kontaktor Pembangunan Hutan, Tanah / Ladang.
2. Konraktor Landskap / Pembersihan.
3. Pembinaan/Pembaikan Bangunan,Jalan,Jambatan,Pembetungan Dan Saliran.
4. Pembekalan Kimia & Peralatan Pertanian,Perkakas Perubatan,Peralatan Pencucian ,
5. PembekalanTanaman / Benih Semaian , Bahan Binaan & Mesin Pertanian.
6. Perkhidmatan Membersih/Mencuci/Hiasan Bangunan,Kawasan,Jalan ladang & Taman.